πPLANNER TO BE UiTM SERI ISKANDAR PERAK (batch 1994 - first intake)π
π7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmuπππ
(1)Masih Mengenang Kegemilangan Lalu
=>>Ramai penuntut di kolej/universiti adalah merupakan pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah suatu ketika dahulu. Ini memberi mereka rasa selamat yg palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka, tapi apa yg mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke alam kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang.
Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek dengan yg keseluruhannya baru yg mana mereka itu perlukan bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan baru. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.
(2)Kejutan Budaya
=>>Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka, yg mana mereka kini sedang hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh sebab kehadiran ke kuliah tidak diambil secara intensif, maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya.
Di sekolah, atau di pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya, di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yg perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut itu sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.
Kejutan budaya yg mendadak ini menyebabkan ada segelintir pelajar itu menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak ditekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.
Situasi sebenar: seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8mlm dan balik pada jam 10mlm, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yg sama, mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.
(3)Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-Rakan Yang 'Salah'
=>>Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yg salah yg tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara2 baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yg berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala2nya.
(4)Hilang Semangat
=>>Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.
(5)Dipaksa Oleh Ibubapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu
=>>Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yg tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseorang itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun ke empat berhenti kerana tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.
(6)Belajar Bersendirian
=>>Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa anda penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:
• tidak mahu orang lain tahu
tentang kejahilan mereka
dalam subjek2 yg diambil.
• Takut berkongsi pengetahuan
mereka dengan rakan2 lain yg
mungkin akan memperolehi
markah yg lebih tinggi drpd
mereka.
• Tidak mahu berusaha lebih.
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak dapat prestasi baik sebab mereka tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu.
Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Dan akhirnya, berlakulah lingkaran ganas dan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya, penuntut-penuntut yg ada kumpulan belajar akan lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.
(7)Terlalu Bersaing Dan Tidak Bekerjasama
=>>Keadaan ini berlaku dalam kalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau di pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yg boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:
• berebut mendapat perhatian
pensyarah.
• Bersikap mementingkan diri n
tidak rela berkongsi dengan
orang lain nota2 dan buku2 yg
baik yg diberi oleh pelajar
senior.
• Mengawal atau mendominasi
sesi makmal dan tidak beri
peluang kepada orang lain
mnyertai mmbuat eksperimen.
• Menyembunyikan fakta yg
mereka telah pelajari.
........
Epilog
........
Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan dan berpasukan (hidup berjemaah) amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama.
Tidak ada kuota berapa orang patut dapat "A" di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat "A" tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat "A". Lebih banyak kita memberi ilmu yg kita ada, maka lebih banyak Allah tambah ilmu kita.. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, inshaAllah lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu, dua tambah dua jadi lima!. Inilah yg kita sebut sebagai "sinergi".
***
By: Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad
**
Diadaptasi daripada buku berjudul,
"Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar Yang Baik Dan Berjaya"
Post a Comment