TIPS CANTIK SECARA SIHAT
Assalamualaikum dan Hello everyone :)
Sekarang ni dah jadi satu fenomena kan kalau sentuh pasal KECANTIKAN
Tak dinafikan semua orang nak cantik dan ada yang sanggup ambil jalan cepat dengan mempercayai sesuatu produk yang cantik, putih, mulus, gebu, tinggi, kurus dalam masa yang singkat. aNa tak salahkan korang korang semua sebab mempercayai produk tersebut tapi satu nasihat aNa, PERIKSA dahulu produk tersebut secara terperinci jangan main percaya sesuka hati je
Yes, produk tersebut memang berkesan pada anda, tapi dalam tempoh yang sementara sahaja. Anda sanggup menghabiskan ratus ribu untuk sesuatu produk yang hanya kekal sementara dan kemungkinan besar ada kesan sampingannya di masa hadapan
Ini tips yang aNa nak kongsi dengan anda semua untuk sihat secara cantik. Semoga bermanfaat
1. PILIH PRODUK YANG ADA PENGESAHAN KKM
Dalam pemilihan mana-mana produk, pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat PENTING untuk memastikan yang produk tersebut telah dipersetujui dan diluluskan oleh KKM untuk kegunaan masyarakat.
Menurut portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM
2. BUAT KAJIAN TERLEBIH DAHULU MENGENAI PRODUK
Tidak salah mengambil sedikit masa untuk membuat kajian mengenai sesuatu produk yang akan kita amalkan. Pengetahuan ini sangat penting untuk setiap indivdu dan pengguna produk di luar sana bagi memastikan kelebihan dan kekurangan produk tersebut kepada pengguna. Setiap produk yang dikeluarkan tidak sama kesannya kepada pengguna, lain orang lain kesannya.
Pengetahuan am mengenai produk tersebut haruslah kuat dan datang dari sumber yang sahih, serta rujukan daripada individu yang lebih berpengetahuan dari bidang terebut seperti doktor dan saintis. Jangan mudah terpedaya dengan laman sosial seperti facebook dan laman sesawang yang lain. Bukti seperti kandungan produk, diperbuat daripada mana, siapa pengasas, pengesahan KKM dan yang lain lain sangat penting sebagai rujukan.
3. JANGAN TERPEDAYA DENGAN TESTIMONI PENGGUNA
(lain orang lain kesannya)
Bahagian ini SANGAT PENTING kepada semua individu. Lain orang lain kesannya, ada individu yang sesuai dengan produk tersebut dimana mereka tiada kesan sampingan selepas menggunakan produk tersebut. Sebab itu pentingnya rujuk kepada doktor yang bertauliah dahulu sebelum mengambil tindakan.
Lain produk lain bahan kandungannya, contohnya produk A sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang mempunyai masalah kulit TETAPI individu yang mempunyai alahan kepada makanan laut tidak dibernarkan sama sekali mengamalkan kerana kesan sampingannya.
Oleh kerana itu, jangan mudah mempercayai testimoni pengguna diluar sana, buat kajian dan rujukan dengan individu yang bertauliah dalam bidang kesihatan sebelum mengambil tindakan seterusnya. Kadangkala pengguna khususnya kaum wanita sering kali terlupa bahawa penjagaan kesihatan yang betul adalah jauh lebih penting daripada memelihara kecantikan wajah.
4. RUJUK PAKAR SEPERTI DOKTOR BERTAULIAH
Memiliki kulit wajah yang cantik dan licin menjadi impian setiap wanita. Namun, dalam keghairahan mendapatkan kulit wajah yang mulus, gebu dan cantik ramai kalangan wanita lebih gemar merujuk kepada pakar kecantikan berbanding pakar kulit. Pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.
Ramai di kalangan pengguna masih tidak menyedari bahawa kos rawatan yang ditawarkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan di pusat-pusat kecantikan. Sebagai pengguna, orang ramai perlu memastikan individu yang dirujuk adalah merupakan pakar yang bertauliah agar rawatan yang diterima tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri.
5. PASTIKAN KESAHIHANYA SEBELUM BELI
aNa nak tanya, korang kenal tak Logo Halal Malaysia? Logo halal bermaksud logo yang telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf iaitu pihak berkuasa (mana-mana satu yang berkenaan):
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
- Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
Isu halal dalam makanan dan barang kegunaan harian sering diperkatakan kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan pengguna yang beragama Islam. Oleh kerana itu, pengeluar produk makanan dan barang kegunaan harian di Malaysia berpusu-pusu untuk memastikan produk keluaran mereka mendapat sijil halal dan seterusnya dapat menggunakan logo halal yang sah pada label produk mereka. Walaubagaimanapun, terdapat juga pengeluar yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil jalan pintas dengan menggunakan logo halal Malaysia TANPA KEBENARAN.
Menurut portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, semua produk farmaseutikal di Malaysia, termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan. Terdapat 2 ciri utama yang membuktikan sesebuah produk telah diluluskan oleh KKM dan pastikan 2 perkara ini disemak pada label produk dengan jelas iaitu:
- Nombor pendaftaran – dimulai dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf
- Pelekat hologram Meditag yang tulen
Semoga tips ini bermanfaat kepada semua pengguna di luar sana, ingat sebelum mencuba sesuatu produk lakukan TIPS CANTIK SECARA SIHAT dari aNa okay. Cantikl luaran Cantik dalaman
LOVE : PrincessSHAKLEE
Post a Comment