REALISASIKAN AZAM TAHUN 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih belum terlambat kan untuk dikna ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019, semoga semuanya baik baik sahaja tahun ini dan dipermudahkan segala urusan. Haaa bila dah tahun baru ni mesti ada azam baru kan? Azam tak semestinya kena baru tau, kalau ada azam yang masih beum tercapai tahun lepas ianya boleh dibawa ke tahun ini. Contohnya seperti azam nak kurus :D hahaha


To be honest at the end of the year dikna selalu lupa azam dikna hurmmm. Jadi tahun ni solusinya dikna akan gunakan tips yang dikna dapat dari media sosial baru baru ni. Nak tahu apa tak? 



Taraaa


Haaa ini la tipsnya, nampak simple dan sangat simple. Budak darjah satu pun boleh buat ni hihi. Tipsnya tulis azam anda dalam diari atau jurnal anda, macam dikna sendiri, sebab memang akan bawa journal ni kemana sahaja so dikna decide tulis dalam ni sebab memang hari hari akan bukak dan tengok.


Bagi dikna, kalau tak tengok dan hanya sekadar ingat kadang kadang boleh lupa juga. Al maklum la umur dah meningkat, jadi dikna akan tuliskan dalam journal ni dan in sha Allah akan cuba capai azam kali ini. Sama sama kita doakan agar azam tahun 2019 kita akan tercapai. Tak kisah la sebanyak mana pun azam yang korang ada tapi pastikan ianya mampu untuk dicapai pada tahun tersebut.


Tidak kisah walau sebesar atau sekecil manapun azam yang korang nak capai, kalau korang rasa ianya penting dan wajib dicapai then tulis dan usaha ke arah itu. One more thing, NEVER GIVE UP. Penat macam mana, susah macam mana pun perjalanan yang korang lalui, ingat satu je iaitu kenapa korang mulakan langkah ini?


Benda benda macam ni kita kena psiko balik diri kita tau, cakap dengan diri sendiri kalau kau menyesal sekarang kau akan menyesal seumur hidup sebab kau dah mulakan langkah tersebut bahkan ianya sudah separuh jalan.


”IF YOUR ARE TIRED, THEN REST NOT GIVE UP”



One of the quotes that I always set in my mind. Dunia memang tempat untuk kita berpenat dan lelah kerana akhiratlah tempat untuk kita berehat selamanya. Sama sama kita usaha untuk mencapai apa jua azam dan matlamat hidup ke arah yang lebih baik in sha Allah


Oh ya, dalam salah satu azam dikna tahun ni adalah untuk lebih banyak menulis di blog ini dan akan terus aktif dalam bidang perniagaan dan pengajian dikna. Doakan dikna istiqomah okay


Assalamualaikum


LOVE,
PrincessShaklee

No comments